| SELAMAT DATANG KE BLOG YUSOF HAZWANI CHANNEL | TERIMA KASIH KERANA MELAWAT BLOG YUSOFHAZWANI | SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN TAHUN 2020

Isnin, 20 Disember 2021

Trip ke Cameron Highlands 2021

Alhamdulillah.. Simpan buat kenangan 4H3M (13-16/12/2021) di Cameron Highlands..




















*Hari Pertama (13hb/Isnin)

Bertolak dr Terengganu jam 7.00am melalui Tasik Kenyir - Felda Aring - Gua Musang. Alhamdulillah dari rumah hujan rintik².. masuk jalan tasik kenyir cuaca redup & panas sampai CH. Hanya kami sebuah je yg lalu.. pastu adalah 2 3 buah lalu..

Perjalanan kami ambil masa 5jam (+ bhenti makan) utk smp di destinasi pertama.


Jalan ada sedikit berlubang/rosak sepanjang jalan tasik kenyir ke gua musang.

Tepat pukul 12 kami smp di Lavender Garden..kami singgah di LG smp pukul 2.30 ptg..


*Lavender Garden (12.00-2.30)

Kawasan luas. dah tambah keatas..


*Teh BOH Sungei Palas (2.30-5.00)

-laluan dah berubah..ada laluan berkayu..dulu datang hanya laluan berbukit je..tanah bukit..pastu parking sangat luas..tempat makan pun dah bertambah


Pastu dlm kul 5.30ptg Checkin hotel..

Kami mginap di Iris Huose Hotel. booking agoda dapat bawah RM210 (2mlm).. asalnya nak stay 2mlm..last² booking skali lagi..tambah sehari lg.. total dalam RM350(3mlm).


Jam 7.30mlm kami gerak ke 

Highland Steamboat 2 (Dekat Mardi Tanah Rata/Selasa TUTUP). 

Alhamdulillah org xramai & xperlu menunggu meja kosong..tp sblm dtg CH kami dah wassap nak booking.. kami makan start kul8..siap makan dlm kul10 camtu..hehe..makan puas hati..

Pastu balik tidur..


Alhamdulillah..cuaca sangat baik.. keadaan jalan pun sgt tidak sesak..


Penat plak nak citer pengalaman di CH ni..


Hari Ke-2. (14hb/Selasa)


Jalan tak jame.. Suasana tenang nyaman.. 🍓🍓🍓..

Asalnya nak makan pagi di Abang..tapi abg tutup..nak pergi opah..opah ramai plak..pastu cari kedai lain.


Destinasi kami hari ke2.

1. The Sheep sanctuary.. (kawasan kecik..ingat besar)bolehla

2. pusing Cameron Centrum.. (bergambar + beli belah kat pasaraya kat bawah)

3. Taman Agrotech Mardi.. (xramai org..suasana agak muram..mgkin sbb lama tutup utk org ramai)


Malam pula kami kedobi pastu makan malam di FZ Cameron di tanah rata.. masakan panas..boleh tahan sedap..


Hari ke-3 (15hb/Rabu)


Destinasi pertama kami keluar hotel 10.00 pg. Makan pagi di Red Big Strawberry. Orang pun xramai.. suasana pun agak muram je..mgkin lama org xdtg..tapi masih byk pokok²..


Destinasi kedua kami ke Cameron Valley TS1.Kami Jalan kaki jer turun bawah.. RM3 sorg.. kanak² FREE. walaupun bjalan jauh tapi xberpeluh..


Pastu kami naik atas ke KEA Farm.. masuk pasar.. beli apa yg patut.. pastu balik hotel..

Malam tu kami bungkus je..repeat order di Kedai makan FZ Cameron.


Hari ke-4. (16hb/Khamis)


Sebelum pulang 🌵🌵🌻🌹🍓🍓

Kami ke Cactus Point Cari kaktus (nak pergi hari ke3..tapi kul5 dah tutup) & pastu cari kek dulu di Pak Tam depan petronas..


Tepat kul12 tghari kami bertolak pulang..

Kami lalu jalan sungai koyan..pastu lalu lipis - raub - bentong (merasa highway mempaga) dan terus ke Gobang Patin di Temerloh utk Makan tengahari.. perjalanan dari CH ke Temerloh ambil masa 3jam lebih..bawa kete santai² je..


Alhamdulillah..sepanjang perjalanan (4hari) cuaca sangat cantik.. dari temerloh nak balik ke terengganu lalu LPT je baru hujan lebat..


Terima kasih Allah permudahkan perjalanan kami.. insyaallah kami akan ke CH lg.. 

*Seberang Takir - Tasik Kenyir - Felda Aring - Gua Musang - Cameron Highlands (pusing 4 hari) - Sungai Koyan - Raub - Bentong - Temerloh - Kuantan - Ajil - Seberang Takir)

*Total: 1030KM


(3 hari sblm gerak ke CH kami memang buat jadual).. asalnya 2 malam..pastu tambah 1mlm lg.. tapi bila dah xramai org dah xtau nak pusing mana lg..nak p pasar malam pun xde..


Itulah kisah kami di CH.. (ada panjang lagi..tapi ingat yg ni je😁)


Sekian..

Terima kasih sudi baca😁😁😜


#cactuspoint #kekpaktam #yusofjalil #yjkongsirezeki #yjchannel #yjstory #redbigstrawberryfarm

#Valleytea #bharattea #cameronhighlands 

#thesheepsanctuary.. #cameronhighlands2021 

#cameroncentrum..

#agrotechmardi..


Tiada ulasan: